MATLAMAT PERLU JELAS UNTUK BERJAYA



19 Mac 2013, Klang - 'Cita-cita adalah rangkuman capai yang terbaik, imoian masa depan, tekad dan ambil peluang', begitulah kupasan yang diberikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada pelajar-pelajar tahun enam SK Sungai Serdang dalam menyiapkan diri mereka menghadapi peperiksaan UPSR 2013.


Matlamat yang jelas dan mahu yang kuat, akan membentuk tekad yang melahirkan usaha tidak hemti-henti untuk berjaya. Kejayaan perlu digambarkan, dilakarkan, disebutkan dan sentiasa berdoa. Ia bukan perbuatan main-main atau sambil lewa tetapi ia perlu serius.

Kekuatan minda ingin berjaya perlu diadakan segera seawal waktu ini agar tidak lewat untuk melakukan perubahan. Apa yang diinginkan harus diiringi dengan mahu dan tahu dan akhirnya aksi untuk mencapai kejayaan.

Catatan Popular