KEPIMPINAN MUDA DI JOHOR BAHRU



8 Mac 2013, Johor Bahru - IQ Class Management untuk tahun 2013 sekali lagi dijemput untuk membimbing seramai hampir 120 orang kepimpinan muda pelajar di Sekolah Rendah Islam Hidayah. Berkesinambungan dari program sehari pada tahun lalu, pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk meneruskan usaha melaksana kursus kepimpinan muda ini untuk selama 2 hari 1 malam berbanding sehari pada tahun sebelumnya.


Perjalanan kursus lancar dan mendapat kerjasama yang baik. Peserta juga mempunyai komitmen yang tinggi dan menunjukkan kemampuan memimpin yang ada pada diri mereka. Kami di IQ Class Management berasa cukup terharu dan bersyukurbserta berterima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksana kursus ini.

Semoga usaha guru-guru untuk melahirkan pemimpin wibawa berjaya mencapai tahap tertinggi serta berjaya menjadikan pelajar-pelajar ini bukan sekadar pemimpin, bahkan cemerlang akhlak serta akademik mereka. Semoga Allah merahmati usaha ini.

Catatan Popular