200 ORANG PESERTA DALAM CERAMAH KEPIMPINAN MUDA


23 Februari 2013, Gombak - IQ Class Management sekali lagi terpilih dan dipelawa untuk memberikan ceramah di SK Gombak Setia. Kali ini, ceramah oleh Perunding Utama adalah kepada kelompok kepimpinan sekolah yang terdiri daripada pengawas, pengawas pss, pengawas spbt dan pengerusi peesatuan. Lebih dari 200 orang pelajar yang terlibat.

Ceramah bermula dengan berkesan dan fokus perbincangan ceramah adalah 3 perkara iaitu patuh, ketua dan teladan. Peserta dijelaskan tentang apa itu kepimpinan dan bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik.

Kami di IQ Class Management amat berasa rendah diri kerana masih diberikan lepercayaan untuk berkongsi pengalaman kami sebagai pemimpin bersama kepimpinan di SK Gombak Setia. Semoga Allah memberkati segala usaha murni ini.

Catatan Popular