SK LUBOK KELUBI




19 Februari 2013, Hulu Langat - IQ Class Management telah menjalankan Bengkel Asas Kepimpinan Muda di SK Lubok Kelubi beemula dari 8.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Bengkel yang menekankan soal keberanian dan keikhlasan ini diharapkan dapat menjadikan peserta sebagai kepimpinan yang berkesan.

Peserta juga dibimbing tentang cara menjadi ketua dan memberikan arahan dengan berkesan. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar di bawah bimbingan Perunding Utama dan Encik Johari.

Aktiviti dimulakan oleh Perunding Utama dengan beberapa aktiviti senaman otak (Brain Gym) dan diikuti dengan penerangan perjalanan bengkel sehingga membentuk kumpulan peserta. Peserta bersaing di dalam kumpulan dan melakukan beberapa permainan dan pembentangan.

Semoga dengan usaha yang sedikit sahaja dapat kami bantu dan curahkan ini akan dapat mendidik dan membentuk kepimpinan sekolah menjadi pemimpin yang berwibawa dan dapat membantu meringakan tugas-tugas guru di SK Lubok Kelubi.









Catatan Popular