BERSAMA KAKITANGAN DAN PENDIDIK ASIS

9 Disember 2012, Port Dickson - Menjelang permulaan tahun 2013, IQ Class Management telah diberikan peranan dan tanggungjawab oleh pihak pentadbir Sekolah Menengah Sains Alam Shah atau ASiS bagi menganjur dan melaksanakan Kursus Pembinaan Pasukan selama 3 hari 2 malam bersama seluruh kakitangan dan pendidiknya. Kursus yang berlangsung bermula 7 Disember ini bertempat di Tiara Beach Resort Posrt Dickson atau kini dikenali sebagai Prima Inland Resort.


Kursus dimulakan dengan sesi pemecah bendungan pada hari pertama dan berakhir dengan misi dan visi pendidik dan kakitangan untuk terus mengeratkan silaturrahmi serta menghidupkan kerja-kerja berpasukan dan bersama dalam pembangunan sekolah secara khususnya. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksana bagi memastikan peserta memahami konsep T.E.A.M yang berteraskan cara kerja berpasukan, mengekalkan semangat kerja bersama, memiliki matlamat dan cita-cita yang jelas serta memahami bagaimana mengurus dan diuruskan dengan berkesan.


Kami di IQ Class Management amat berbangga dan berbesar hati kerana diberikan kepercayaan untuk melaksana kursus untuk kelompok pendidik yang bakal melahirkan generasi kepimpinan bertaraf dunia. Kami berharap, segala proses pembelajaran yang telah dilalui dijadikan iktibar bersama serta tersemat di dalam sanubari kita untuk terus menjadi yang terbaik.

Catatan Popular