SK BANDAR BARU BANGI KALI KE DUA

5 November 2012, Bandar Baru Bangi - Kali kedua kami tiba di SK Bandar Baru Bangi tetapi kali ini dengan misi yang berbeza. Kami tiba jam 8.00 pagi dan bermula Kursus Melangkah Ke Alam Remaja pada jam 8.30 pagi. Kami diwakili oleh Perunding Utama dan Perunding Latihan IQ Class Management bersama FaDelaT Fadhilah Mastura, salah seorang fasilitator kami yang sangat berpengalaman.


Slot pertama dimulakan oleh Perunding Utama Kamarul Azami dengan ceramah bertajuk Dunia Kanak-kanak dan Remaja. Selepas peserta direhatkan sesi diteruskan dengan slot pengaruh buruk. Peserta dijelaskan tentang pengaruh buruk yang diibaratkan seperri lalang. Guru-guru amat menghargai kursus ini dan turut berkongsi kerisauan mereka tentang anak didik yang mereka kasihi.

Selepas tamat sesi ini, peserta bersama Perunding Johari dan kemudian diasingkan peserta kepada kelompok lelaki dan perempuan di 2 dewan berbeza. Peserta didedahkan tentang perubahan yang berlaku pada diri mereka serta bahayanya terlibat dalam aktiviti pergaulan seks bebas. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular