2 HARI DI SK SERDANG

27 September 2012, Serdang - IQ Class Management sekali lagi diberikan kepercayaan oleh pihak SK Serdang untuk menganjurkan kursus mempersiapkan pelajar tahun 5 untuk UPSR 2013. Kursus yang diberi nama Kursus Menyemai Minat Belajar ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut dengan menurunkan perunding-perunding latihan IQ Class Management dan fasilitator FaDelaT.


Bermula pada 26 September, peserta didedahkan dengan cara belajar berkesan serta perubahan sikap yang diketuai oleh Encik Kamarul Azami dan dibantu oleh Encik Johari manakala Encik Zaki meneruskan pengisian berbentuk latihan kemahiran belajar pada hari berikutnya.

Aktiviti berjalan lancar dan peserta memberikan komitmen yang baik. Usaha sebegini harus diberikan keutamaan oleh sekolah-sekolah yang merencana untuk meningkatkan keputusan peratusan yang memberangsangkan. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan kejayaan serta usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..

Catatan Popular