SK SUNGAI SERDANG SEKALI LAGI

7 September 2012, Sungai Serdang, Kapar - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami sekali lagi bertandang ke SK Sungai Serdang bagi memenuhi permintaan pertemuan buat kali yang terakhir bersama pelajar-pelajar tahun 6 SK Sungai Serdang pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.


Penceramah membuat ulangan pertemuan sebelum ini dan memulakan sesi dengan nyanyian lagu Lai Chi Kang. Penceramah kemudian menyentuh kepada tajuk ceramah iaitu SEDIA untuk peperiksaan yang membincangkan 5 perkara utama iaitu strategi ke peperiksaan, emosi stabil sebelum peperiksaan, di dewan peperiksaan, ingatlah orang tersayang dan amalkan selalu.

Ceramah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan kami di IQ Class Management mendoakan kejayaan serta kecemerlangan anak-anak di SK Sungai Serdang. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Catatan Popular