SEKOLAH MENENGAH SAINS ALAM SHAH

23 September 2012, Semenyih Selangor - Kursus Pelajar S.M.A.R.T sekali lagi dilaksanakan. Kali ini IQ Class Management diberikan amanah dan kepercayaan untuk melaksana kursus bersama pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada jam 2.30 petang dengan aktiviti taklimat dan pemecah bendungan.


Perjalanan kursus lancar dan mendapat perhatian yang baik dari kalangan peserta. Walaupun pada hari pertama kursus pada sebelah petang dan malam, SUKIDA Resort telah dilanda ribut kuat, namun ia tidak menghalang peserta untuk terus memberikan komitmen kepada kursus yang dijalankan.

IQ Class Management diwakili oleh perunding-perundingnya iaitu Encik Kamarul Azami, Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari bersama fasilitator Amirul Fatin, Amirul Mukminin, Shazwan dan Mustafa. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana kepercayaan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada kami melalui pertemuan singkat sahaja. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan memberikan kesan yang baik kepada semua peserta yang hadir.

Catatan Popular