SK SUNGAI MERAB LUAR





19 Julai 2012, Sungai Merab, Sepang - IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi telah dijemput memberikan ceramah kepada pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 di SK Sungai Merab Luar. Ceramah lebih tertumpu kepada persediaan awal pelajar untuk memasuki ke tahun hadapan dan diharapkan ini akan menjadi momentum awal sebagai persiapan mereka khususnya tahun 5.


Ceramah bertajuk Belajar Cara Belajar Berkesan seperti biasa penceramah memulakan dengan beberapa syarat dalam memberikan perhatian sepanjang ceramah berlangsung selama 2 jam. Alhamdulillah pelajar memberikan kerjasama yang baik dan menunjukkan minat untuk mendengar dan memahami isi kandungan yang disampaikan.

Momentum sebegini baik untuk diamalkan di setiap sekolah agar pembinaan dan pembentukan matlamat kejayaan bukan hanya pada tika mereka berada di tahun 6. Anak-anak yang berjaya, adalah perlu dibimbing secara konsisten bermula dari mereka berada di dalam tahun 4. Guru-guru dicadangkan agar bersama pelajar mereka bermula dari tahun 4 dan merapati mereka untuk mengenali kekuatan dan keupayaan sebenar mereka. Kejayaan bukan berdasarkan berapa A mereka, tetapi usaha untuk mereka mengekalkan semangat untuk belajar. Terima kasih kepada SK Sungai Merab Luar yang sudi menjemput kami hadir. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular