IQCM DI SK DESA PETALING

Gambar Hiasan

16 Jun 2012, Kuala Lumpur - Facilitating And Development Team (FaDelaT) diketuai oleh Perunding Latihan Dan Motivasi Encik Johari telah bertandang ke SK Desa Petaling untuk melaksana Kursus Menyemai Minat Belajar (Semai) selama 2 hari satu malam bermula pada 15 Jun sehingga 16 jun 2012.

Kursus yang berjalan selama 2 hari itu dihadiri oleh pelajar seramai lebih dari 120 orang dan berkampung di sekolah mereka sendiri. Bermula jam 3.00 petang pada hari pertama, peserta melalui pelbagai aktiviti menarik seperti pemecah bendungan, pembinaan pasukan, pembentangan, perbincangan dan permainan. Peserta juga didedahkan dengan beberapa teknik dalam meningkatkan keupayaan serta minat kepada pelajaran melalui latihan seperti brain gym dan juga mind mapping.

Aktiviti berjalan lancar sehingga hari kedua kursus dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya SK Desa Petaling yang telah memberikan kami peluang dan kepercayaan yangbesar ini. Kami berharap dan berdoa agar semua calon UPSR SK Desa Petaling akan mendapat 5A di dalam UPSR tahun 2012 ini.

Catatan Popular