YOUNG ABIM CAMP: S.M.A.R.T TEEN 2012




5 Jun 2012, Hulu Langat - Pasukan fasilitator IQ Class Management, sekali lagi diberikan penghormatan oleh ABIM Selangor untuk mengemudi kem cuti sekolah Young ABIM Camp bermula 3 Jun sehingga 5 Jun 2012. Kem yang berlangsung selam 3 hari 2 malam dijalankan serentak bersama Are You LOST yang diamanahkan kepada Inayah Training.

IQ Class Management bersama Perunding Utama Latihan Motivasi dan Encik Johari telah mengepalai kursus SMART Teen yang memperkenalkan peserta kepada cara hidup dan pembentukan peribadi generasi muda bermula dengan bentuk pemikiran yang strategik, istiqamah dalam segala amalan, pembentukan sikap yang positif, bertanggungjawab dan pengurusan masa yang berkesan.

Sepanjang 3 hari 2 malam, semua peserta melalui detik-detik menggembirakan dan mencemaskan. Pada malam pertama, peserta diuji dengan aktiviti solo drop yang memerlukan peserta ditinggalkan bersendirian di dalam kawasan hutan. Ia diikuti dengan beberapa aktiviti mencabar juga seperti jungle trekking. Pastinya, perjalanan merentasi hutan tidak akan dapat mereka lupai apabila sebilangan peserta diserang penyengat dan menyebabkan bengkak-bengkak dan seorang peserta terkena gatal kulit.

Suasana ini alhamdulillah, walaupun menghadapi kesulitan, tetapi kerana kematangan dan sifat tanggungjawab yang tinggi dari peserta SMART Teen telah banyak membantu adik-adik peserta Are You LOST untuk keluar dari hutan dalam keadaan selamat. Terima kasih kami ucapkan kepada pengusaha Kem Asli Adventure kerana telah menyediakan perjalanan pengalaman yang amat menyeronokkan. Kami di IQ Class Management amat mengharapkan, pengalaman, perhubungan dan pelajaran ini tidak akan berhenti di sini sahaja dan akan berterusan sehingga akhir hayat kita nanti.

Adik-adik SMART Teen dan Are You LOST, nantikan kedatangan Young ABIM Camp sekali lagi pada bulan Disember 2012, Forest Journey...

Catatan Popular