CERAMAH MOTIVASI CINTA DI SUKIDA RESORT

8 April 2012, Semenyih - Seramai lebih dari 100 orang pelajar dari SK Sri Serdang telah berkampung di Sukida Resort Semenyih kerana menghadiri kursus motivasi anjuran sekolah. Mereka telah berada di sana selama 3 hari 2 malam bermula dari 6 April 2012.

Pelbagai aktiviti telah mereka jalani, maka pada hari ini, IQ Class Management diberikan amanah untuk menutup program ini dengan satu sesi ceramah selama 2 jam. IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami. Ceramah bermula baik dan berjalan lancar. Ceramah yang disampaikan bertajuk Motivasi Cinta.

Penghayatan dan penyampaian yang baik oleh penceramah dan peserta berjaya mengusik hati peserta sehingga memuhasabahkan diri mereka untuk mempersiapkan diri dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk peperiksaan UPSR mereka akan datang.

Kami di IQ Class Management mendoakan agar segala usaha yang dilakukan ini diberkati Allah s.w.t. dan diberikan natijah yang baik buat semua.

Catatan Popular