TOF DI KEMAMAN


15 Mac 2012, Kemaman - Bertempat di ITC-TATIUC Teluk Kalong, pasukan Facilitating And Development Team atau FaDelaT mewakili Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia atau YATIM sekali lagi menganjurkan Latihan Asas Fasilitator buat kali yang ketiga bagi tahun 2012. Kali ini, kami mewakili YATIM dihadiri oleh Encik Kamarul Azami dan Mohammad Zaki.

Latihan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 15 Mac dan tamat pada 17 Mac 2012 meninggalkan pelbagai kenangan yang tidak dapat kami lupakan. Paling manis, hubungan silaturrahim yang dapat dieratkan melalui pertemuan, interaksi dan gelak tawa yang menggembirakan. Apa yang kami harapkan, setiap ilmu yang dikongsi dan dicurahkan akan dapat dijadikan rujukan dan bimbingan buat kita bersama.

ITC-TATIUC

Kami juga berkesempatan mempelajari pengalaman yang besar sepanjang kursus ini berlangsung. Walaupun pada peringkat awal, agak kelam-kabut dengan kehadiran yang kurang memberangsangkan, tetapi itu bukanlah halangan untuk mereka dan kami juga untuk meneruskan latihan yang bagi kami amat penting ini. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada YATIM yang memberikan kepercayaan dan ruang kepada kami untuk melakukan kerja-kerja kebajikan sebegini begitu juga tidak lupa kepada penganjur, NGO CAKNA Anak Yatim Kemaman.

Aktiviti main peranan

Bergambar kenangan

Peserta membuat pembentangan

Sedang melakukan senaman muka

Catatan Popular