KURSUS KEPIMPINAN MUDA DI SK TAMAN KLANG JAYA


24 Mac 2012, Klang - IQ Class Management bersama pasukan perundingnya telah memenuhi undangan menganjur dan melatih kepimpinan di SK Taman Klang Jaya bermula dari jam 8.00 pagi. Kursus yang melatih peserta untuk menguasai keupayaan kepimpinan seperti menjadi ketua, patuh serta teladan telah disertai oleh hampir 80 orang peserta.

Program berjalan lancar walaupun pada peringkat awal terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan. Cuma, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, Encik Kamarul Azami kehilangan suaranya dan ini menjadikan penyampaiannya agak terhad. Namun, kehadiran Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari amat banyak membantu dan memudahkan.



Kursus berlangsung dengan jayanya dan mendapat kerjasama baik dari peserta. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru khususnya, guru besar, cikgu Krishna dan Cikgu Bell kerana memberikan ruang buat kami berjasa kepada anak didik mereka. Kami doakan mereka berjaya menjadi pemimpin yang berjaya pada masa hadapan.

Latihan kumpulan

Kesungguhan persembahan di pentas

Komited dengan 'Lai Chi Kang'

Resolusi bersama Encik Mohammad Zaki

Catatan Popular