CERAMAH MOTIVASI CINTA DI MGS KLANG


26 Mac 2012, Klang - Penceramah yang juga Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami, sekali lagi telah menghadiri undangan ceramah bertajuk Motivasi Cinta. Kali ini,beliau telah bertandang ke SK (P) Methodist Klang atau M GS Klang. Ceramah ditujukan kepada pelajar-pelajar tahun 6 di sekolah tersebut.



Ceramah dimulakan lewat 30 minit dari waktu sebenar jam 10.00 pagi. Ceramah berjalan lancar walaupun terdapat beberapa gangguan yang datangnya dari pelajar-pelajar lain. Ceramah yang menjuruskan perbincangan kepada ciri cinta yang boleh membawa kejayaan telah berjaya dihayati oleh peserta sehingga hampir kesemua peserta menitiskan air mata dan menanamkan tekad dalam diri untuk berjaya.



Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan nasihat dan pesanan kebaikan kepada pelajar-pelajar. Semoga usaha guru-guru khususnya Cikgu Emilia dinilai disisi Allah sebagai kebajikan dan pahala yang berkekalan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI