CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR DI SK TAMAN PUTERI


1 Mac 2012, Hulu Langat - Perunding Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Mohammad Zaki telah dijemput untuk memberikan ceramah bertajuk Kemahiran Belajar di SK Taman Puteri Hulu Langat. Beliau hadir bersendirian memandangkan pada tarikh yang sama, IQ Class Management menerima jemputan lain di Kota Damansara.

Alhamdulillah, ceramah berlangsung lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari pelajar dan guru-guru di sekolah tersebut. Ia merupakan satu contoh yang wajar diikuti oleh guru-guru yang lain dengan komitmen yang sangat tinggi. Ini akan mambantu mempertingkatkan potensi pelajar dan seterusnya mendorong mereka untuk berjaya dengan cemerlang.

Ceramah Kemahiran Belajar menjurus kepada mengenali kekuatan dan keupayaan minda, beberapa teknik seperti kegemaran otak, teknik mengingat dan peta minda. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan mudah-mudahan hubungan baik ini berkekalan. Terima kasih juga kepada Cikgu Nasibah yang masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan pengisian yang terbaik buat pelajar-pelajar.

Follow by Email

BERSAMA KAMI