BENGKEL KEPIMPINAN MUDA SEKOLAH DI SK SIJANGKANG JAYA


4 Februari 2012, Sijangkang, Banting - Kumpulan FaDelaT atau Facilitating And Development Team IQ Class Management bersama perunding-perundingnya telah bertandang ke SK Sijangkang Jaya bagi menjayakan Bengkel Kepimpinan Muda Sekolah bermula dari jam 8.00 pagi.

Bengkel yang dihadiri lebih dari 80 orang peserta itu dihadiri oleh pengawas, pengawas pusat sumber, ketua dan penolong ketua kelas. Modul yang telah dibangunkan sejak tahun 2008 ini diubahsuai sedikit pendekatannya bagi tahun 2012. Modul ini secara asasnya telah dibangunkan oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini.

Keutamaan yang diketengahkan dalam melatih kepimpinan muda ini adalah terletak kepada 3 asas utama iaitu Ketua, Patuh dan Taat. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas ini. Mudah-mudahan usaha murni ini diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular