AKU KE DUNIA BARU SK TAMAN KLANG JAYA


21 Februari 2012, Klang - PerundingUtama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada lebih 160 orang pelajar tahun 4 di SK Taman Klang Jaya. Ceramah disampaikan dalam 2 sesi.



Alhamdulillah, penyampaian memuaskan walaupun dilihat penceramah perlu menggunakan segala pengalaman beliau untuk melayan karenah pelajar-pelajar yang nampaknya sangat cergas dan cerdas. Ceramah yang seperti biasa dimulakan dengan aktiviti pemecah bendungan serta kontrak disiplin antara pelajar dan penceramah, ia diikuti dengan perbincangan tentang perpindahan pelajar dari tahap 1 ke tahap 2.



Pelajar dapat turut serta dan di akhir ceramah, pelajar disoal semula untuk menilai pemahaman dan pencapaian pembelajaran mereka pada hari tersebut. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Krishna yang memberikan kami peluang untuk memberikan perkhidmatan di sekolah ini dan tidak lupa kepada pentadbiran sekolah serta guru-guru yang bersama dari mula sehingga tamat ceramah yang disampaikan. Terima kasih.

Catatan Popular