TRAINING OF FACILITATOR YATIM


15 Januari 2012, Sementa, Klang - 'Facilitating And Development Team Of Trainers' yang terdiri daripada Encik Kamarul Azami, Encik Johari dan Encik Mohammad Zaki sekali lagi bersama dalam membantu Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia atau YATIM mempersiapkan fasilitator mereka bagi persiapan tahun 2012.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dihadiri hampir 40 orang peserta yang juga merupakan sukarelawan YATIM. Seperti biasa, kursus dimulakan dengan taklimat dan beberapa tugasan khususnya dalam meningkatkan kemahiran peserta untuk menjadi fasilitator seperti pengucapan awam serta penampilan diri. Selain itu, peserta juga dibimbing untuk bekerja secara berpasukan dan menguruskan program.

Semoga usaha YATIM mendapat keberkatan untuk membina kelangsungan motivasi diri anak-anak yatim di Malaysia.

Follow by Email

BERSAMA KAMI