SK TUN HUSSEIN ONN, KALI KEDUA


4 November 2011, Kampung Pandan Kuala Lumpur - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management sekali lagi menerima jemputan ceramah untuk pelajar-pelajar SK Tun Hussein Onn Kampung Pandan bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja.

Sekali lagi, dalam tempoh hampir 2 bulan, peserta bertemu semula dengan penceramah, namun, ramai peserta yang sudah terlupa apa yang pernah dipesankan oleh beliau. Penceramah menegur peserta agar sentiasa mencatat dan menggunakan ilmu yang telah mereka perolehi.

Teguran sebegini kerapkali diberikan oleh penceramah bagi memastikan setiap peserta mendapat maklumat sebanyak dan mungkin dan membantu mereka dengan menggunakan teknik belajar yang lebih berkesan. Kami di IQ Class Management sentiasa berhasrat untuk memastikan mereka yang bertemu dan bersama kami akan menjadi manusia yang terbaik serta sentiasa memperbaiki diri mereka.

Catatan Popular