SK SRI SERDANG


3 November 2011, Seri Serdang - Kami tiba di lokasi, SK Seri Serdang seawal jam 7.30 pagi. Sesi ceramah Selangkah Ke Alam Remaja bermula jam 8.00 pagi dengan Perunding Utama Latihan Dan Motivasi dibantu oleh 2 orang fasilitator iaitu Adri dan Wan Saiful.

Ceramah berlangsung dengan baik dan penceramah berjaya menarik perhatian peserta walaupun pada ketika itu, hujan turun mencurah-curah seolah-olah menerima kehadiran kami dengan rahmat yang baik dari Allah s.w.t.

Isi kandungan ceramah yang disampaikan juga berjaya menarik perhatian para guru yang turut sama komited menanti dan mendengar ceramah yang disampaikan. Antara perkara utama yang diingatkan adalah berkenaan dengan maruah diri bagi pelajar perempuan serta amanah bagi pelajar lelaki. Pesanan itu diberikan dengan contoh yang sesuai serta penceramah berjaya mengekalkan momentum ceramah dan mengelakkan peserta daripada kebosanan.

Kami di IQ Class Management amat berharap agar program sebegini dapat diteruskan demi untuk memastikan segalanya menjadi lebih baik seterusnya meninggalkan kesan positif kepada diri peserta itu sendiri.

Catatan Popular