SK BANDAR BARU BANGI


21 Oktober 2011, Bandar Baru Bangi, Kajang - Sekali lagi IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasinya menyampaikan ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja. Ceramah disampaikan kepada kelompok sasar tahun 6 dari kalangan pelajar SK Bandar Baru Bangi Jalan Dua.

Walaupun, kehadiran penceramah ke sekolah pada kali ini adalah kali yang ketiga, namun ternyata, isi kandungan ceramah yang berbeza amat memberikan impak kepada pelajar serta benar-benar menggambarkan isu perbincangan serta maklumat penting untuk mereka. Ceramah Selangkah Ke Alam Remaja ini telah memberikan peringatan tentang persiapan mereka ke sekolah menengah.

Kami di IQ Class Management berharap, usaha kecil kami ini akan diterima Allah sebagai amal jariah serta komitmen guru-guru dalam membangun peribadi pelajar menjadi tanaman subur di akhirat buat mereka. Amin.

Catatan Popular