SEKALI LAGI DI SK SUNGAI BURONG


27 Oktober 2011, Tanjong Karang - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management buat kali ketiga telah berkunjung ke SK Sungai Burong bagi menyampaikan ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja untuk pelajar-pelajar tahun 6 mereka. Keutamaan mereka adalah untuk mempersiapkan pelajar-pelajar tahun ke alam dunia remaja sekolah menengah dan memberikan peringatan serta nasihat berguna buat pelajar-pelajar.

Alhamdulillah, ceramah yang disampaikan memuaskan namun, kehadiran peserta pada hari tersebut kurang memberangsangkan. Ia disebabkan oleh mentaliti pelajar yang merasakan sekolah telah berakhir apabila tamat sahaja peperiksaan UPSR.

Ini menjadikan kami di pihak IQ Class Management mula berbincang dan berfikir untuk kembali menyampaikan mesej kepentingan menghadiri sekolah serta penglibatan pelajar di sekolah agar mereka tidak merasakan bahawa sekolah adalah tempat belajar semata-mata.

Semoga segala usaha yang dijalankan ini diberkati Allah dan mendapat kemudahan serta kami mendoakan kejayaan dan kesejahteraan guru-guru yang berusaha untuk mendidik anak bangsa ini.

Catatan Popular