CERAMAH TERAKHIR DI SK ASSAM JAWA


31 Oktober 2011, Kuala Selangor - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi sekali lagi dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar anak-anak asnaf zakat di SK Assam Jawa. Jika pada 28 Oktober yang lalu adalah program yang terakhir, maka pada hari ini, ia adalah ceramah yang terakhir bagi tahun 2011.

Pelajar diingatkan tentang amanah dan tanggungjawab dan di dalam ceramah Perunding Utama Latihan Dan Motivasi kali ini telah memperbanyakkan tayangan klip pendek yang menunjukkan beberapa kehidupan manusia dan makhluk lainnya. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran dan peringatan.

Terima kasih kami kepada pihak pentadbiran SK Assam Jawa yang terus menerus memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendali anak-anak asnaf di sekolah. Semoga Allah membalas dan memberkati usaha dan komitmen guru-guru sekelian.

Follow by Email

BERSAMA KAMI