S.M.A.R.T DI UPSI


2 November 2011, Tanjung Malim - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management bersama 2 orang fasilitatornya Wan Saiful dan Adri tiba untuk memberikan ceramah yang bertajuk 'Membina Peribadi Pelajar S.M.A.R.T'.

Ceramah yang disampaikan kepada pelajar-pelajar kelab Rakan Studi Islam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berlangsung selama 2 jam dengan dihadiri oleh hampir 40 orang pelajar. Sebagaimana biasa, program-program sebegini amat dingin di kampus apatah lagi apabila tajuk yang dipilih bukanlah tajuk yang digemari mereka yang ingin mendengar.

Namun pada kami di IQ Class Management, ini hanyalah satu cabaran untuk terus berusaha menobatkan ilmu sebagai senjata ampuh mahasiswa dalam mereka mendepani kehidupan sebenar sebagai manusia bahkan sebagai Muslim.

Ceramah yang membincangkan tentang matlamat perjuangan mahasiswa, sikap yang perlu ada serta apakah kesannya ilmu yang baik itu mendapat perhatian memuaskam dari peserta. Bukan mudah untuk mengembalikan keyakinan masyarakat hari ini kepada hidup beragama kerana telah wujud pelbagai agamaa yang diada-adakan oleh mereka sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.

Kami di IQ Class Management mengucapkan setinggi penghargaan kepada jawatankuasa yang terus berusaha untuk menghasilkan program sebegini dan kami di IQ class Management merakamkan berjuta terima kasih atas kepercayaan yang diberikan.

Catatan Popular