CERAMAH ASAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA - SMK PUNCAK ALAM


8 September 2011, Puncak Alam - Alhamdulillah, pada tahun 2011 ini, IQ Class Management pada awalnya (bermula Januari 2011 - September 2011) lebih mengutamakan ceramah kepada pelajar-pelajar sekolah rendah. Namun, itu tidak bermakna tidak ada jemputan dari sekolah menengah.

Pada 8 September 2011, IQ Class Management, En. Kamarul, En. Zaki dan En. Johari telah ke SMK Puncak Alam bertemu dengan 60 orang pelajar PRS dari kalangan tingakatan 1 dan 2.

Ceramah yang berlangsung selama 2 jam bermula jam 2.30 petang berjalan dengan lancar dan pelajar-pelajar menunjukkan minat yang memberangsangkan. Apa yang kami harapkan, mereka akan terus menceburkan diri di dalam bidang yang penting ini serta mempunyai cita-cita yang jelas untuk terus membantu diri untuk membantu orang lain. Terima kasih.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI