SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG


18 Julai 2011, Serdang - Kali pertama IQ Class Management telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada pelajar di SK Serdang. Lokasi sekolah yang terletak dibahagian dalam dan belakang Universiti Putra Malaysia menjadikan sekolah ini sedikit tersembunyi namun ia pastinya menyimpan pelbagai harapan dan cita-cita yang besar.

Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class management telah menerima undangan bagi menyampaikan ceramah bertajuk SCORE 5A. Ceramah berjalan lancar dan pelajar nampak begitu teruja sekali.

Kami amat berharap, apa yang disampaikan itu akan dapat dimanfaatkan dan sentiasa menjadi ingatan kepada pelajar-pelajar. Kami sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Serdang kerana sudi menjemput kami datang untuk memberikan ceramah di sekolah. Semoga usaha ini diberkati.

Catatan Popular