SEKALI LAGI DI SEKOLAH KEBANGSAAN RASA


23 Ogos 2011, Kampung Melayu Rasa, Kuala Kubu - Ceramah terakhir untuk kami di IQ Class Management. Sebagaimana yang telah dilaksanakan dan merupakan sekolah pertama yang meminta agar kami menyediakan modul ceramah bertajuk Pengurusan Stres untuk Kanak-kanak.

Tahun ini, sekali lagi kami dihubungi oleh cikgu Afaf dan meminta agar ia dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah, perjalanan ceramah lancar dan pelajar begitu komited mereka untuk mendengar ceramah.

Usaha murni ini amat kami hargai dan kami di IQ Class management mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SK Rasa yang tidak jemu-jemu menjemput kami buat kali ketiga ke sekolah ini tahun ini. Terima kasih.

Catatan Popular