HARI PERTAMA RAMADHANDI SK TAMAN PUTRA PERDANA 2


1 Ogos 2011, Putra Perdana, Sepang - Pada 1 Ramadhan 1432H, IQ Class Management masih menerima jemputan ceramah. Ini sebagai bukti bahawa, komitmen kami untuk terus menyumbang semangat dan motivasi kepada siapa sahaja, tidak memilih masa atau suasana.

Jam 8.30 pagi, ceramah bertajuk Siap Sedia Gempur UPSR disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi kami. Seramai hampir 150 orang pelajar tahun 6 yang hadir pada kali ini.

Ceramah yang disampaikan kepada pelajar di SK Taman Putra Perdana 2 ini amat memberangsangkan serta mendapat perhatian yang baik daripada pelajar serta para guru. Diharapkan usaha ini berterusan dalam memastikan pencapaian peperiksaan UPSR sekolah meningkat. Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami terlibat sama di dalam usaha ini. Semoga di berkati Allah s.w.t.

Catatan Popular