SMK CYBERJAYA


13 Julai 2011, Cyberjaya Sepang. IQ Class Management sekali lagi telah memenuhi jemputan sebagaimana biasanya dari pihak sekolah sekitar negeri Selangor. Pada kali ini, kami dijemput untuk mengadakan Kursus Kemahiran Belajar untuk para pelajar tingkatan satu, SMK Cyberjaya. Ia merupakan kunjungan kami ke sekolah ini.

Perjalanan program bermula seawal lapan pagi bersama 3 orang fasilitator iaitu Izzati, Hazwan dan Afif. Sesi taklimat telah dimulakan oleh Perunding Utama kami, Encik Kamarul Azami. Selanjutnya, kursus ini diterajui oleh Encik Mohammad Zaki bermula jam 8.30 pagi sehingga rehat pada jam 10.15 pagi.



Sesi kedua bersambung dengan latih tubi aktiviti yang telah menjurus kepada perbincangan mengenai fungsi, kekuatan dan kesihatan otak, peta minda dan beberapa teknik belajar yang lain. Sesi kemudiannya berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan Perunding Utama kami memberikan kesimpulan perjalanan kursus ini secara keseluruhan.

Harapan kami agar semua maklumat yang diberikan akan dapat digunapakai dengan cara yang terbaik buat peserta yang hadir. Kami juga di IQ Class Management ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang telah memberikan kepercayaan ini kepada kami khususnya, Cikgu Ruzaimah dan Cikgu Khairunnisa. Jasa kalian moga akan dibalas oleh Allah s.w.t. dengan ganjaran yang setimpal.

Catatan Popular