IQ CLASS MANAGEMENT DI SK WANGSA JAYA LAGI


16 Julai 2011, Seksyen 4 Wangsa Maju Setapak - Alhamdulillah, IQ Class Management sekali lagi diberikan kepercayaan dalam melaksanakan program di SK Wangsa Jaya Setapak. Program selama setengah hari yang bertajuk Kem Kecemerlangan 2011 melibatkan 50 orang peserta dan IQ Class Management diketuai oleh Perunding Johari dan Mohammad Zaki.

Fasilitator yang terlibat adalah Abe, Afif, Hazwan, Izzati, Saadah dan Adilah. Perjalanan lancar dan peserta tampak riang dan merasai keseronokan di dalam pembelajaran mereka. Asas utama pengisian program ini adalah membina keyakinan diri, membentuk jatidiri sebagai pelajar serta anak-anak.

Mudah-mudahan, program ini dapat memberikan kesan baik kepada pelajar dan menjadi kenangan dalam hidup mereka. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Cikgu Norlizaz dan rakan-rakan guru di SK Wangsa Jaya yang masih memberikan kepercayaan kepada kami. Terima kasih.

Catatan Popular