SK WANGSA MAJU SEKSYEN 2


29 Januari 2011 bersamaan 24 Safar 1432. Wangsa Maju. Sekali lagi, Encik Kamarul Azami dijemput untuk memberikan ceramah keibubapaan bertajuk Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi. Kehadiran kali kedua ke sekolah ini telah mempertemukan kami dengan Guru Besar yang pernah kami temui sebelum ini.

Ceramah berlangsung dalam tempoh 1 jam bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 9.30 pagi. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami kemudiaannya diiringi untuk sedikit kudapan dan berkongsi pandangan serta cerita-cerita tentang perkembangan pelajar-pelajar. Semoga guru-guru yang berdedikasi di SK Wangsa Maju Seksyen 2 ini istiqamah dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI