MOTIVASI UNTUK GURU DAN PM TABIKA KEMAS


28 Januari 2011 bersamaan 23 Safar 1432. Kuala Selangor. Perunding Utama Latihan dan Motivasi, Encik Kamarul Azami sekali lagi menerima undangan untuk memberikan ceramah bertajuk Motivasi dan Keseronokan Bekerja kepada lebih 50 orang guru-guru dan pembantu masyarakat Tabika KEMAS Parlimen Kuala Selangor.

Ceramah yang memakan masa 1 jam mengupas tentang 3 ciri atau bentuk pekerja yang kebiasaannya wujud di dalam persekitaran mereka. Ciri atau watak pertama adalah watak bermotivasi berprestasi, watak kedua adalah watak motivasi kekuasaan dan watak ketiga adalah motivasi berafiliasi.

Ceramah berjalan dengan baik dan kerjasama semua peserta amat menggalakkan. Semoga usaha ini akan mampu membantu pihak KEMAS khususnya Penyelia Tabika KEMAS Parlimen Kuala Selangor untuk menggerakkan kerja-kerja yang lebih kemas dan rapi.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI