SK TAMAN UNIVERSITI, 14 JANUARI 2011


14 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432. SK Taman Unversiti, Seri Kembangan. Serentak dengan bengkel yang berlangsung di SK Bandar Baru Bangi, Encik Kamarul Azami Mohd Zaini sempat memulakan pagi hari tersebut dengan ceramah Petua dan Nasihat Kejayaan di SK Taman Universiti. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi itu melibatkan 500 orang pelajar tahun 5 dan 6.

Tempoh ceramah yang singkat, namun alhamdulillah, peluang yang Allah bukakan untuk kami menyampaikan yang terbaik buat pendengar-pendengar cilik tersebut. Sebelum memulakan ceramah, terdapat beberapa perbincangan yang berlaku bersama Puan Guru Besar, khususnya dalam beberapa isu terkini pelajar hari ini yang dikatakan semakin tidak menyukai buku dan semakin hilang minat membaca mereka. Kecenderungan mereka kepada alat komunikasi canggih seumpama internet dan lain-lain lagi.

Kerisauan beliau menjadikan kami juga berfikir untuk melakukan sesuatu bagi mendatangkan minat belajar dan membaca ini semula. Usaha pihak sekolah untuk memupuk minat membaca amatlah kami bangga dan berharap ianya akan berjaya. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah yang memberikan kepercayaan sekali lagi kepada IQ Class Management untuk bersama pelajar-pelajar SK Taman Universiti termasuk Cikgu Nurul Huda dan rakan-rakan guru yang menyokong dan mendokong usaha ini. Tahniah dan terima kasih.

Catatan Popular