14 JANUARI 2011; SK BANDAR BARU BANGI


14 Januari 2011 bersamaan 9 Safar 1432. SK Bandar Baru Bangi, Jalan 2. Bengkel Motivasi CINTA UPSR 5A telah dilangsungkan dengan diketuai oleh Encik Mohammad Zaki Melatusamsi.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi telah melibatkan seramai 249 orang peserta dari pelajar-pelajar tahun 6 sekolah tersebut. Ini merupakan pengalaman tahun ketiga IQ Class Management diberikan kepercayaan untuk memberikan momentum awal dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR bagi tahun 2011.

FaDelaT yang diketuai kali ini oleh Encik Johari Hamzah seramai 9 orang iaitu Abang Amir, Abang Arif, Abang Akmal, Abang Sopi, Kak Dila, Kak Shafiy, Kak Aya, Kak Intan dan Kak Nazirah. Program berlangsung dengan baik dan diakhiri dengan slot ceramah CINTA yang disampaikan oleh Encik Kamarul Azami Mohd Zaini. Ia merupakan sesi muhasabah dan alhamdulillah secara pemerhatiannya ia amat berkesan.

Terima kasih kepada Cikgu Faridah dan barisan guru pentadbiran dan guru-guru SK Bandar Baru Bangi yang masih memberikan kepercayaan ini kepada kami. Diharapkan ianya menepati kehendak yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Terima kasih dan tahniah.

Catatan: Perbincangan kami mendapati, pengisian yang disediakan amat baik namun perlu diperincikan dari sudut tempoh masa kerana, ia tidak mencukupi untuk dilaksanakan. Tambahan lagi apabila, disiplin FaDelaT yang kurang memberangsangkan kerana lewat. Ini telah kami catatkan dan akan dilakukan beberapa rombakan dan penambahbaikan.

Catatan Popular