CERAMAH KERJAYA DI SMK TAMAN KERAMAT


19 Oktober 2010, AU 2 Taman Keramat - IQ Class Management telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Merancang Kerjaya dan Masa Hadapan. Ceramah telah disampaikan oleh penceramah Kamarul Azami. Ceramah yang memakan masa 2 jam menjelaskan tentang makna motivasi dan kerjaya. Penceramah juga berkongsi pengalaman beliau serta kepentingan dalam merancang masa hadapan.

Ceramah ini disampaikan kepada 90 orang pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja tamat peperiksaan UPSR mereka. Alhamdulillah, penyampaian yang baik serta berkesan dan ceramah ini juga diselitkan dengan ujian aptitud yang diedarkan kepada peserta. Ternyata, proses pertama dalam menentukan kerjaya ini amat penting kerana secara keseluruhannya, pelajar-pelajar seperti tidak jelas dengan apa yang mereka ingin capai di dalam kehidupan mereka. Ia amat menggalakkan kerana secara tidak langsung membuka tirai diri mereka untuk dinilai dan dikenalpasti potensinya.

Ceramah berakhir jam 12.30 tengahari dengan beberapa pesanan penting tentang masa hadapan mereka. Semoga ianya memberikan makna untuk diri pelajar-pelajar semua. Kami mendoakan kejayan kalian dalam hidup di dunia dan di akhirat.

Catatan Popular