SURAU PUTRA AL-AMIN PRECINT 8 PUTRAJAYA


7 Ogos 2010, Precint 8, Putrajaya - IQ Class Management sekali lagi melaksanakan modul PeACe bersama hampir 90 orang anak-anak dan pelajar-pelajar yang tinggal berhampiran surau Putra Al-Amin Fasa 4C di Precint 8 Putrajaya. Perjalanan program berjalan lancar dengan dimulai majlis perasmian sambutan bulan kemerdekaan oleh penduduk-penduduk setempat.

Majlis seterusnya bersambung dengan aktiviti mengecat kain rentang untuk ibu dan bapa serta PeACe untuk anak-anak. Penglibatan peserta bermula dari umur 6 tahun sehingga 15 tahun. Secara umumnya objektif yang ingin disampaikan tercapai, namun disebabkan penyertaan meliputi lingkungan umur yang terlalu besar, terdapat sedikit masalah dalam penyampaian maklumat dan pendekatan terpaksa diubah.

Walaubagaimanapun, IQCM mengucapkan terima kasih kepada Puan Ruziah kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk melakukan tugas ini. Tidak lupa kepada fasilitator Ariff, Bidin, Anam, Ashikin dan Amirah kerana bersama kami melaksanakan tugas yang baik ini. Semoga Allah memberkati usaha penganjur dan usaha baik yang lainnya.


11 Ogos 2010
Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

Catatan Popular