SK KEPONG (FRIM)


28 Julai 2010, FRIM, Kepong - Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM) merupakan sekolah yang telah dibina semenjak tahun 1952, namun kewujudannya masih ramai yang tidak mengetahuinya. Mana tidaknya, kedudukan sekolah ini terletak di dalam FRIM dan mempunyai suasana pembelajaran yang baik dengan pohonan yang hijau disekelilingnya.

Sekali lagi, IQCM tiba di lokasi bersama Encik Johari dan fasilitator iaitu Rizal, Bidin dan Mus. Misi kali ini ialah modul Motivasi CINTA UPSR 5A. Program berlangsung dengan baik dan lancar dan peserta juga nampak teruja sepanjang program dijalankan. Cikgu Rodze yang juga guru bimbingan mengharapkan agar program ini dalat mengubah sikap pelajar kerana pencapaian pelajar yang agak menurun katanya.

Kami di IQCM mendoakan kejayaan guru-guru dan pelajar semua. Semoga segala usaha ini diberkati Allah.

Catatan Popular