SK DUSUN TUA


27 Julai 2010, Dusun Tua, Hulu Langat - IQCM telah berada di SK Dusun Tua buat kali yang ketiga dalam sejarah latihan dan kursus motivasi mereka. Kehadiran yang diketuai oleh Encik Kamarul Azami kali ini membawa misi dan tanggungjawab melaksanakan Program Motivasi S.C.O.R.E 5A. Sasaran merupakan pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi.

Fasilitator yang bersama-sama hadir adalah Encik Zaki, Mus, Rizal dan Bidin. Perjalanan program lancar walaupun pelbagai kerenah peserta yang perlu dihadapi fasilitator. Sesi dimulakan dengan taklimat awal yang disampaikan oleh Encik Kamarul dan kemudiannya peserta dibawa masuk ke dalam kumpulan untuk perlaksanaan aktiviti yang di panggil LDK.

Menurut Puan Nyai, program ini lebih menjurus kepada untuk memberikan kesedaran dari sudut perhubungan peserta sesama peserta. Mereka nampaknya kurang menghormati antara satu sama lain dan ini mendatangkan kerisauan guru-guru di sekolah. Apapun, tugas guru adalah buat sehabis baik. Insya-Allah, semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Catatan Popular