SAMTAR DAN SK BUKIT BADONG


24 Julai 2010, Bukit Badong, Ijok Kuala Selangor - Tepat jam 2.30 petang, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini memulakan sesi ceramah bersama pelajar tahun 6 SK Bukit Badong. Ceramah yang berlangsung selama 2 jam alhamdulillah memberikan impak yang positif. Sebahagian besar peserta menitiskan airmata mereka apabila diperingatkan tentang tanggungjawab dan peranan yang mereka lupakan sebagai seorang anak kepada ibu bapa dan sebagai seorang pelajar terhadap guru-guru mereka.

Program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, telah menjemput IQ Class Management untuk mengisi slot motivasi tersebut. Terima kasih kepada Cikgu Asmahani yang memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada kami untuk melaksanakan tugas tersebut.

Pada hari yang sama disebelah paginya, Encik Mohammad Zaki Melatusamsi pula telah dijemput bagi mengisi program Budi Training and Consultancy di Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah. Ceramahnya bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 10.00 pagi. Semoga segala usaha pihak sekolah ini membuahkan hasil yang berharga dan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.




Kuala Selangor
25 Julai 2010

Catatan Popular