BENGKEL KEFASILITATORAN GPTD UNISEL (SIRI 1)


1 Julai 2010, UNISEL. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UNISEL telah menyertai Bengkel Kefasilitatoran anjuran GPTD UNISEL. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada ahli-ahli GPTD UNISEL mengenai kefasilitatoran yang merupakan salah satu kemahiran yang akan mereka gunakan dalam misi-misi pengkajian serta program-program kemasyarakatan yang lain.

Bengkel Kefasilitatoran siri pertama ini mengetengahkan 3 objektif utama dalam silibus pembelajarannya. Pertama, peserta diharapkan agar dapat memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan sebagai fasilitator. Kedua, mengenali dan mengetahui ciri-ciri asas sebagai seorang fasilitator dan akhir sekali ialah untuk mengetahui peranan dan tindakan yang patut mereka ambil apabila menghadiri sesuatu program, kursus atau aktiviti.



Berbengkel hampir 2 jam telah menampakan komitmen yang baik dari kalangan peserta. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada GPTD UNISEL yang diketuai oleh En. Izwan Syuhada kerana menjemput kami untuk bersama memberikan informasi dan pengisian kepada sebahagian kecil dari pelajar UNISEL. Tidak lupa juga kepada ABIM Kuala Selangor dan Tanjong Karang yang menjadi jambatan dalam merealisasikan bengkel ini. Semoga usaha ini berpanjangan dan diberkati oleh Allah s.w.t.


Kamarul Azami bin Mohd Zaini
2 Julai 2010
Kuala Selangor

Catatan Popular