KEMBALI KE SMK TASEK PERMAI

ENCIK MI BERSAMA JO MEMBUAT PERSIAPAN SEBELUM CERAMAH BERMULA

4 Februari 2010, Ampang. Buat kali yang kedua, IQ Class Management telah bertandang ke SMK Tasek Permai. Kali ini, pengisian dan penyampaian ceramah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini (Encik Mi) dengan tajuk 'Pengurusan Masa'. Ceramah berlangsung dengan baik dan seperti biasa ia dimulakan dengan pesanan SENYUM dan SEDIA.

Pelajar yang menghadiri ceramah ini adalah dikalangan pelajar yang telah bersama pada siri ceramah yang lepas. Fokus utama mereka adalah untuk mempertingkatkan kemahiran belajar kepada peserta yang hadir. Ceramah Encik Mi lebih menumpukan kepada pemahaman, penghayatan serta memahami keperluan dan kepentingan masa dalam kehidupan seorang pelajar.

ENCIK MI SEDANG MEMBERIKAN CERAMAH

Keadaan di dalam dewan tenang dan terkawal, namun seperti kebiasaannya, terdapat juga pelajar-pelajar yang tidak menumpukan perhatian dan tidak bersungguh dalam pelajaran mereka. Apakan daya penceramah untuk memaksa mereka mendengar. Apapun, segala usaha telah disebar dan dicurahkan, terserah kepada mereka pula untuk membuat pilihan.

Kami di IQ Class Management mengucapkan terima kasih dan berjuta penghargaan kepada pihak SMK Tasek Permai khususnya Cikgu Emi yang sudi meluangkan masa dan memberikan peluang untuk kami memberikan khidmat kepada pelajar-pelajar SMK Tasek Permai. Kami sentiasa mendoakan pelajar-pelajar menjadi yang cemerlang dalam apa jua aspek khususnya kehidupan.

Terima kasih.

CIKGU EMI, SMK TASEK PERMAI

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI