Ceramah Keibubapaan Pertama; SK Sultan Abdul Aziz

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL AZIZ

23 Januari 2010, Kampung Kuantan. Jadual perjalanan aktiviti ceramah IQ Class Management terus disibukkan dengan ceramah keibubapaan yang bertajuk 'Ibu Bapa Sebagai Motivasi' telah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management (PULM) Kamarul Azami bin Mohd Zaini (KAMZ). Ceramah yang dimulakan pada jam 8.30 pagi diakhiri pada jam 10.00 pagi dalam keadaan yang ceria dan penuh makna.

Ceramah telah disampaikan oleh PULM kepada hampir 50 orang ibu bapa dan pelajar dari SK Sultan Abdul Aziz. Ceramah 'Ibu Bapa Sebagai Motivasi' membincangkan tentang konsep 'Balang PARENT' yang diperkenalkan oleh PULM sendiri. Para peserta mendengar dengan khusyuk dan terlibat dengan aktif sepanjang persembahan ceramah yang disampaikan.

ANTARA PESERTA YANG HADIR

Konsep 'Balang PARENT' membincangkan tentang peranan sebenar yang sentiasa perlu dingati oleh setiap ibu bapa. Ia bukanlah sesuatu ilmu yang baru, tetapi ilmu yang telah sedia ada tetapi kerapkali kita melupainya. Ceramah berjalan dengan lancar, dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SK Sultan Abdul Aziz khususnya Cikgu Sarbini yang telah menjemput kami bagi bersama-sama memberikan kata-kata motivasi untuk ibu bapa yang hadir. Kami sentiasa mendoakan, anak-anak serta keluarga pelajar Tahun 6 SK Sultan Abdul Aziz akan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam UPSR.

Terima kasih.

KAMZ SEDANG MEMULAKAN SESI CERAMAH

Catatan Popular