Program SMART Solat SMK Seri Tasek Siri 1


11 April 2009, SMK Seri Tasek Kuala Lumpur. Pasukan IQ Class Management yang terdiri daripada 3 orang perunding iaitu Kamarul Azami, Muhammad Zaki dan johari sekali lagi menjalankan misi latihan seterusnya. Pada kali ini pasukan IQ Class Management diiringi oleh 2 orang FaDelaT iaitu Dhila dan Yaya serta 5 orang dari fasilitator PEPIAS yang terdiri daripada Muzakkir, Hafiz, Azali, Ayu dan Khaulah.



Program bermula jam 8.15 pagi dengan sesi Taklimat SENYUM dan SEDIA yang disampaikan oleh PULM IQ Class Management, Kamarul. Kemudian sesi diteruskan dengan pembahagian kumpulan oleh PLM Sumber Manusia, Zaki seterusnya aktiviti LDK bersama FaDelaT dan Fasilitator yang lain.


Antara aktiviti lain selepas itu ialah solat sunat Dhuha berjemaah, dan sesi ujian pengetahuan asa fardhu 'ain ibadah solat. Segala aktiviti berjalan lancar sepanjang program dengan dibantu selia oleh guru-guru panitia agama SMK Seri Tasek. Sesi tamat jam 2.15 petang dan sesi 'post-mortem' dijalankan. Sepanjang perjalanan program ini kami dapat simpulkan bahawa;


1. Kelewatan masa yang mungkin tidak disengajakan. Tetapi ia pasti dapat diatasi. Tetapi dalam apa jua keadaan, ia perlu diperbaiki dan sentiasa diingatkan oleh semua.

2. Peranan fasilitator yang perlu bersedia untuk eksplorasi kemampuan dan keupayaan adik-adik di dalam kumpulan. Kebiasaannya, fasilitator diberikan maklumat awal dan ini mengurangkan kemampuan mereka untuk melakukan eksplorasi.

3. Melakukan persediaan rapi sebelum program terutama dari sudut persembahan fasilitator dan persembahan isi dalam modul.


TUNE-lah diri kita.

"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular