Program Latihan Kepimpinan SMK Bandar Sri Damansara 2


17 April 2009, SMK Bandar Sri Damansara 2. Pasukan IQCM sekali lagi melaksanakan sebuah program dan modul yang dikenali sebagai Program Latihan Kepimpinan. Program yang berlangsung di SMK Bandar Sri Damansara 2 ini telah dihadiri oleh 64 orang peserta bersama 8 orang perunding IQCM dan FaDelaT.


Program bermula pada jam 3.00 petang 17 April 2009. Antara yang terlibat adalah Dhila, Yaya, Fairuz, Azmi dan Farid. Sesi pertama dimulakan dengan perasmian oleh Pengetua SMK Bandar Sri Damansara 2, Puan Hajah Noor Aziah bt. Mohd Zain. Sesi diteruskan dengan taklimat SENYUM dan SEDIA yang disampaikan oleh PULM Kamarul.


Antara aktiviti lain yang dijalankan sepanjang 3 hari 2 malam tersebut adalah;

sesi 1: pembentukan kumpulan,
sesi 2: pembinaan pasukan (promoter game),
sesi 3: jatidiri kepimpinan (angkat kerusi),
sesi 4: halatuju dan matlamat (pingpong PVC),
sesi 5: minda cergas (treasure hunt; 5 checkpoint),
sesi 6: candle night,
sesi 7: kepimpinan (Numbers) dan
sesi 8: kesimpulan program (Kisah A, B, C dan Z).


Semua aktiviti berjalan lancar dan peserta juga memberikan komitmen yang baik dan bertenaga. Peserta juga dihidangkan dengan solat berjemaah, Qiyamullail serta solat Dhuha dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, sesi bersama Abang dan Kakak membincangkan persoalan moraliti dalam kehidupan.


Program ini ditamatkan pada jam 1.45 petang dengan diumumkan 2 orang peserta terbaik bagi keseluruhan program ini. Bagi peserta lelaki, Adam dan peserta perempuan pula ialah Amiera. Apa yang kami harapkan, selepas program ini, peserta akan mengamalkan pesanan penting berhubungan dengan latihan dan motivasi yang diterima. Semoga semua peserta akan dapat menjadi pemimpin yang sentiasa jujur, melakukan kerja pada kadar yang terbaik dan kreatif dalam melaksanakan tugas mereka.


Pada kali ini, kami di IQCM mendapati terdapat beberapa perkara utama yang dapat dipelajari dari kepimpinan SMK Bandar Sri Damansara 2 iaitu;

1. Pemimpin dari kalangan remaja perlu ditanamkan dalam diri mereka semangat kekitaan dan setiakawan agar dapat dibentuk satu corak kepimpinan yang lebih baik melibatkan sekelompok pelajar dan bukan mementingkan diri sendiri.

2. Sentiasa berikan kepercayaan dan tugasan yang tepat agar mereka memahami dan melaksanakan tugasan dengan baik dan berkesan.

3. Merancang aktiviti yang mengutamakan kerja berpasukan dan pergerakan yang banyak berbanding duduk diam dan mendengar di dalam dewan.

4. Sentiasa menggalakkan orang lain untuk kehadapan dan bercakap dan sentiasa memberikan pujian dan rangsangan terhadap setiap perubahan yang dilakukan.


Diharap pihak perunding IQCM juga FaDelaT juga dapat memperbaiki kualiti pengurusan dan penampilan pasukan seperti;

1. Pengurusan masa yang lebih berkesan;
2. Penyerahan tugasan serta taklimat awal program;
3. Disiplin pemakaian dan penampilan diri yang terbaik serta;
4. Perbincangan awal dan maklumat jelas tentang latarbelakang peserta dan sasaran program;


Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMK Bandar Sri Damansara 2 yang terlibat bertungkus-lumus selama 3 hari 2 malam bersama kami di sekolah. Khususnya buat Cikgu Yuosf, Cikgu Haslina, Cikgu Shamil dan Cikgu Yap. Semoga segala usaha murni guru-guru ini akan sentiasa diberikan keberkatan dan restu dari Tuhan. Sekian.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular