High Quality T.E.A.M bersama JKM Segamat


3 April 2009, PNB Ilham Resort. Pasukan IQ Class Management (IQCM) kali ini berkunjung ke Port Dickson bersama seramai 59 orang peserta yang terdiri daripada kalangan penyelia, pembantu dan sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini bermula dengan ketibaan peserta pada 3 Mac 2009 pada jam 10.00 malam.


4 April 2009, bermula aktiviti penuh peserta bersama IQCM. Sesi dimulakan seperti biasa oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi (PULM), Encik Kamarul Azami dengan sesi taklimat SENYUM dan SEDIA. Sesi berlangsung sehingga jam 8.45 pagi dan peserta diiringi ke padang untuk sesi kedua pada jam 9.00 pagi iaitu Tele-Match.


Tele-Match dikendalikan oleh pihak PNB Ilham Resort dengan memperkenalkan beberapa permainan seperti lari ikat kaki, lari berdua-dua kepit bola tenis, karpet terbang, lari dalam guni dan valley baloon. Sesi ini diakhiri dengan satu permainan yang diperkenalkan oleh IQCM iaitu Bola Pingpong dan PVC. Sesi tamat jam 11.00 pagi dan peserta dibawa untuk minum pagi.


Bermula jam 11.30 pagi, peserta berkumpul sekali lagi tetapi kali ini berhampiran gelanggang bola tampar. Sesi ini dimulakan oleh Perunding Latihan dan Motivasi (PLM) Zaki. Sesi komunikasi. Mereka dikehendaki melakukan beberapa lakukan dan sesi ini ditamatkan jam 12.30 petang.


Pada jam 2.30 petang sekali lagi pihak PNB Ilham Resort mengetuai kembara hutan ke Tanjung Tuan. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam sehingga kembali peserta pada jam 5.00 petang. Sesi malam dimulakan jam 8.00 malam dengan aktiviti Candle Night. Sekali lagi, PLM Zaki memulakan sesi dengan memberikan taklimat dan aktiviti berjalan dengan lancar dan berkesan. Semua aktiviti IQCM ditamatkan pada jam 10.00 malam untuk memberi laluan kepada aktiviti yang disusn oleh pihak JKM sendiri.


5 Mac 2009, PULM Kamarul mengambil semula tangguangjawab dan menjalankan aktiviti Permainan XY. Kesemua peserta nampak teruja dan saling bertengkaran kerana masing-masing ingin mempertahankan keputusan dan hak masing-masing. Sesi ini tamat dengan resolusi yang diberikan oleh PULM Kamarul. Seterusnya, majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Encik Nik Omar bin Nik Ab Rahman, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Johor. Secara keseluruhannya tamat jam 1.00 petang.


Walaupun segalanya nampak lancar dan berkesan; kami membuat kesimpulan terhadap program ini bahawa;

1) Perancangan yang lebih terperinci akan dapat memberikan lebih banyak pembelajaran yang berkesan kepada peserta.

2) Penglibatan secara menyeluruh dan kesungguhan dalam penyertaan juga sedikit sebanyak telah membantu menjayakan program ini.

3) Ilmu adalah perkara yang perlu dikongsikan dan diberikan keutamaan dalam setiap permainan dan pembelajaran. Maka ia sepatutnya menjadi aspek utama dalam latihan dan tidak semata-mata keseronokan dan keriangan.


Terima kasih, sekian.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular