PROGRAM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN KADET BOMBA





6 Mac 2009, Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur. Seramai 38 orang peserta dari kalangan ahli Kadet Bomba yang terdiri daripada 19 lelaki dan 19 perempuan telah berkumpul dan bersama-sama kami dalam program ini. Program dimulakan pada jam 3.00 petang dengan sesi yang pertama iaitu sesi Taklimat SENYUM dan SEDIA. Aktiviti kemudiannya bersambung dengan pembentukan kumpulan dan pembinaan kumpulan yang telah membentuk 8 kumpulan keseluruhannya.


Sesi malam pula dimulakan selepas berehat panjang dengan sesi tazkirah yang disampaikan sendiri oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management, Encik Kamarul Azami b. Mohd Zaini kepada seluruh pelajar-pelajar SMT Kuala Lumpur. Pada jam 9.30 malam, sesi kedua dimulakan. Sesi yang bertajuk Pelajar Bermotivasi SMART ini telah berlangsung sehingga jam 11.00 malam yang berakhir dengan satu konklusi tentang pentingnya kejayaan mereka ini berdasarkan konsep SMART iaitu berstrategi, minda yang tepat (bukan betul), sikap yang cemerlang, berani menghadapi risiko serta bijak dalam menguruskan peluang, ruang dan masa.


Pada hari kedua, 7 dan 8 Mac 2009, peserta dibawa keluar dari kawasan sekolah ke Ulu Kali Training Centre, Batang Kali, Hulu Selangor. Di sini peserta diberikan aktiviti berbentuk lasak serta mencabar bagi meningkatkan tahap keyakinan diri, motivasi juga semangat berpasukan. Pelbagai aktiviti disusun sesuai dengan keadaan peserta seperti kembara hutan, latihan menyelamat dalam hutan, solat di hutan, 'flying fox', juga 'survivor' di hutan. Semuanya berjalan dengan lancar.


Pada malam terakhir, sebagaimana modul-modul sebelumnya, IQ Class Management sekali lagi membuat persiapan dan kesimpulan daripada aktiviti Candle Night. Permainan yang memakan masa 3 jam ini berjaya mengetuk hati dan minda peserta bahawa peranan, tanggungjawab serta harapan orang terhadap mereka adalah tinggi dan mereka harus menjadi yang terbaik.


Peserta bertolak balik dari Ulu Kali Training Centre pada jam 3.30 petang bersama cita-cita dan semangat yang baru untuk mereka sentiasa menjadi YANG TERBAIK. TUNE diri kita.


"Manusia akan binasa kerana 2 sebab; putus asa dan bangga diri."

Catatan Popular