KEM KECEMERLANGAN SPM 2020


13 September 2020, Kuala Kubu
- Kami diberikan kesempatan bersama pelajar-pelajar yang merupakan calon SPM 2020 Smart Tahfiz Masjid UNISEL bermula pada 11 September dan tamat pada 13 September 2020. Pilihan tempat kali ini YBK Global Camp yang dahulunya sebuah kem PLKN Gesir Tengah. Kekuatan fasilitator seramai 9 orang kali ini membawa misi untuk membina semula halatuju kecemerlangan SPM mereka dengan menggunakan beberapa pendekatan berorientasikan perhubungan fasilitator.

Permulaan pertemuan pada petang hari Jumaat membawa kepada proses perkenalan dan pembentukan kumpulan berdasarkan borang soal selidik yang telah kami kumpulkan sebelum dari program ini berlangsung. Orientasi fasilitator menjadikan aktiviti lebih tertumpu kepada perbincangan di dalam kumpulan dan secara umumnya menghasilkan impak yang negatif dan positif. Keutamaan pembentukan kumpulan ini adalah untuk dijalankan sesi 'coaching' bersama fasilitator masing-masing. Objektif pelaksanaannya adalah untuk membimbing peserta semula untuk berada di atas garisan cita-cita mereka yang mungkin terjejas akibat dari cuti panjang akibat dari pandemik Covid-19.


Pengakhiran kem ini peserta diharapkan memiliki pandangan serta berjaya mengembalikan motivasi dalam diri untuk menamatkan pembelajaran dengan jayanya. Perubahan sikap menjadi dasar utama kejayaan dan itulah yang ditekankan oleh para fasilitator dan menjadi tugas kami untuk menyediakan laporan bertulis hasil 'coaching' fasilitator kepada pihak pentadbiran Smart Tahfiz Masjid UNISEL. Semoga segala usaha ini memberikan manfaat yang besar buat mereka dan kita semua secara umumnya.



Catatan Popular