PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN (PRO-LAKE) IQ CLASS MANAGEMENT

Program Latihan Kepimpinan atau Pro-LaKe adalah program meningkatkan tahap profesionalisme kepimpinan pelajar sebagai pemimpin. Ia adalah satu usaha menaiktaraf kemampuan kepimpinan pelajar diperingkat sekolah menengah menjadi barisan kepimpinan yang bukan sekadar mampu memimpin bahkan mempunyai keupayaan untuk melakukan tugasan dengan berkesan.

Pro-LaKe mensasarkan kemahiran profesional dari ruang yang jarang diberikan perhatian oleh kebanyakan guru di sekolah seperti juga tasik yang cantik tetapi jarang dinilai dan diberikan perhatian. Kejayaan para guru mengetengahkan bakat-bakat profesionalisme ini akan menambah nilai kemahiran kepimpinan kepada pelajar dan dapat dijadikan contoh pada masa akan datang.


OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
  1. Menambah keyakinan diri dalam memimpin;
  2. Mengetahui teknik pengucapan awam yang baik;
  3. Mempelajari cara pengurusan majlis yang berkesan;
  4. Menguasai tatacara pengurusan mesyuarat serta;
  5. Mengaplikasikan kemahiran pengucapan awam, pengurusan majlis dan mesyuarat.

BUTIRAN PELAKSANAAN
Program ini dilaksana berdasarkan butiran berikut;
  1. Sasaran: Kepimpinan pelajar di sekolah menengah.
  2. Jangka Masa: 3 hari 2 malam
  3. Tarikh: Tertakluk kepada perbincangan.
  4. Tempat: Tertakluk kepada perbincangan.

MODUS OPERANDI
  1. Taklimat
    • Sesi awal bagi memberikan penjelasan bagaimana program ini akan berlangsung bersama budaya, amalan serta peraturan yang ditetapkan oleh Jurulatih program. Sesi berlangsung secara umum dengan menggunakan gaya komunikasi 1 hala.
  2. Aktiviti Dalam Kumpulan
    • Peserta akan diberikan arahan oleh jurulatih atau fasilitator untuk melakukan beberapa aktiviti melibatkan semua peserta atau ahli kumpulan mereka sahaja. Aktiviti ini akan menjadi keutamaan dalam pengumpulan markah untuk menentukan kumpulan yang menang.
  3. Peranan & Tugasan
    • Melalui program ini, peserta akan dibentukkan Jawatankuasa Program. Setiap kumpulan akan mewakili biro-biro dan ketua biro adalah secara automatic menjadi Ahli Jawatankuasa Program. Biro-biro akan diberikan peranan sepanjang program sebagai latihan serta setiap kumpulan juga akan diberikan tugasan untuk dilaksana dan dipersembahkan di hadapan rakan-rakan peserta yang lain.
  4. Ceramah Interaktif
    • Beberapa sesi memerlukan sesi ceramah di mana peserta akan dibantu untuk membuat persiapan tugasan serta peranan yang diberikan. Ceramah Interaktif bermaksud, ceramah yang memberikan keutamaan kepada komunikasi 2 hala serta penglibatan peserta dalam sesi ceramah yang disampaikan.

Catatan Popular